getpaidmail.com

Friday, July 03, 2009

Menonton Transformer & Dinner at Bagan Lalang

Aktiviti:
Menonton Transformers: Revenge of The Fallen beserta makan malam di Bagan Lalang
Tarikh & Masa:
27hb Jun 2009 (4pm - 11pm)
Tempat:
Jusco Balakong & Bagan Lalang
Aku naik ngan wani.. kete poji.. last minute poji tak jadik balik kampung dia.. so Julie tak ikut.. 1st destination, Petronas Station, Seri Kembangan, menunggu asrol n shahril, sebab nya diorang dua ni tatau jalan nak pi Jusco Balakong. what a sunny day betul lah ari tu... panas betul..
lepas dah abis nonton, mengikut jadual, kitaorg gerak ker Bagan lalang.. jauh jugak aku rasa walau dah pernah pergi.. aku tukang kira budak2 yg follow kat belakang.. 1 kete itam, 2 kete putih, 3 kete kelabu, 4 kete itam.. tapi ada gak tersesat.. :p adeh... sib baik yg sesat pandai cari jalan kuar.. kalau tak jenuh...
muka masing2 tak tahan lapar.. ramia giler org, restoran yg biasa penuh, so, pi makan kat atas jeti.. lambat lah jugak.. aku mmg dah lapar, lunch aku skip :p
so, aktiviti bebas sebelum mkn, tangkap gmbr, tapi not to many lah.. sebab cam aku tak fokus.. menahan sabar jer tu.. hehehe.. whatever pun everthing just goin rite.. :p
hehehe, suka benor tangkap gambor... senyum sampai telinga dia.. kekeke.. yang lain2 maaf yer, aku malas nak bangun amik gmbr korang, next time jer lah..
macho man... hahaha.. mana lagi macho??
sila vote sila :p aisey shahril, perut kurang nmpk lah.. kurang ler macho nyer ni.. isk ..
acoi n anis and ida n amir bersama anak shahril , budak yg comel sngt.. afiq.. huhu.. 3 4 kali ngan aku dia tanak, nangis jer.. last2, nak jugak.. hehehe.. berusaha keras tau nak amik dia..

About Transformers, optimus prime mati :( sob sob tapi dia idup balik.. hahahha.. best2 best and i like Beeeeeeeee... cute and he is really cute seh.. tapi citer dia panjang sngt sampai aku dah pusing kiri kanan , lenguh... siap bersila sumer lah.. huhu.. pass ni sure ada sambung lagik... aku nak nengok ice age then nak tgk harry porter plak.. ye ye.. suka nyer bnyk citer..

That day, too many kepah aku makan, hahahhaa.. aku suka sangat.. selalu tader lah bnyk sngt aku mkn.. tindakan luar kawal.. just feel like eating.. tak rasa kenyang.. tapi lepas abis sumer, nak duduk pun aku rasa tak leh.. too full.. :p

Wednesday, July 01, 2009

Bicara Pada Bintang

tiga waktu berlalu
rentang hatiku menyayat
wajah kasih yang dulu
hadir dalam tidur

malamku penuh mimpi
pertemuan tak terjamah
sinar di ujung sana
menerangimu

pernah kau berkata
bila ku merindu
bicara saja bintang kan mendengar
maka kau kan merasakannya

aku tahu diri
semua takkan mungkin
biarkan saja semua jadi kenangan yg mungkin
takkan terlupa sampai kau menua
biar saja

hujan di ujung bulan
biar jadi saksi hati
betapa pun mencinta
ini takkan mungkin

Tuesday, June 30, 2009

hati itu sangat halus

Hati itu sangat halus, sukar diramal, senang terusik, senang tercalar.. walau rapat, walau memahami, kadang2 dengan teman sendiri pasti terasa hati.. Biar susah sama2, biar senang pun sama2, tak dapat nak diberi, kongsi pun sudah memadai.. kalau punya segalanya, sudah mengecap bahagia, jangan dilupa teman sendiri.. kalau teman itu cuma dicari bila susah, bila terdesak,ermm.. u know what im goin to say... lalalala... :p

Friday, June 26, 2009

Venice of the Netherlands

Giethoorn dikenali “Venice of the Netherlands” sepanjang 7.5km terusan mengelilingi sebuah kampung kecil. Mempunyai 50 jambatan kayu kecil yang menghubungi antara pulau2 yang ada. Giethoorn diasakan sekumpulan pelarian dari Mediterranian. Diorang terjumpa banyak tanduk kambing liar yg dipercayai mati akibat banjir besar ,St Elisabeth pada tahun 1170, sebab itulah diapanggil Geytenhorn (horn of goats). Kemudian disebut Geythorn dan sekarang dikenali sebagai Giethoorn.

Traffik,hanya melalui air sahaja,menggunakan "punters", bot yg guna motor elektrik. Senyap dan suny, tidak menggangu ketenteraman awam. Kedalaman terusan tu, 1 meter dan digali untuk membawa peat. Disebabkan i tu banyak kolam dan tasik yang tidak berapa dalam dikenali sebagai 'Wieden' terbentuk.

Kebanyakan rumah di situ dibina dipulau and dihubungi menggunakan jambatan kayu. Kebanyakan rumah menggunakan atap lalang (reed) disebabkan kawasan tersebut berpaya ditumbuhi banyak lalang. Dahulu hanya golongan kaya sahaja yang menggunakan atap genting, tetapi sekarang harga atap lalang lebih mahal daripada atap genting disebabkan ia lebih cantik and kreatif... :p


Source : http://www.worldisround.com/articles/12004/

Thursday, June 25, 2009

Being Hated is Half of Fun?????

Tuesday, June 23, 2009

Jika ku harus bermimpi

Jika ku harus bermimpi untuk memilkimu,
jangan pernah sadarkan aku dari mimpi indahku.

Jika ku harus bermimpi untuk dapat memandangmu,
jangan pernah kau minta aku dari lelap mimpiku.

Jika ku harus bermimpi untuk tetap bersamamu,
jangan pernah tinggalkan aku dari alam mimpiku.

Jika ku harus bermimpi untuk dapat menggenggammu,
jangan pernah hidupkan aku dari alam mimpiku.

Monday, June 22, 2009

Fadhilat Puasa Sepanjang Bulan Rejab :)

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

Doa pada bulan Rejab :

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami ker bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melaikan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dah aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiadak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam gengaman-Mu. Aku dalam perjanjian ( beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku.

Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.